Ayam Bakar BBQ Dan Salad Kentang : Resepi Dan Cara Memasak

Ayam Bakar BBQ Dan Salad Kentang : Resepi Dan Cara Memasak


Bahan 1 (Ayam BBQ) :

6-8 ketul : Ayam bahagian peha dan kepak
4 sudu besar : Sos cili
4 sudu besar : Sos masam manis atau sos tomato
5-6 sudu besar : Sos BBQ
4 sudu kecil : Garam
1 sudu besar : Gula
1-2 sudu besar : Blackpepper serbuk

Bahan 2 (Salad Kentang) :

3-4 biji : Kentang (Direbus dan dipotong dadu)
1 ulas : Bawang putih (Dicincang halus)
Perahan lemon (optional)
Garam
Gula
Black Pepper
Brocolli (Celur, optional)

Cara memasak :

Pertama :
Gaul ayam dengan sos cili, sos tomato, sos BBQ, garam, gula, blackpepper.
Perap dalam 30min.
Bakar ayam dalam masa 30-45 minit di dalam grill oven dgn suhu 180 darjah celcius.

Kedua :
Sapukan sos campuran setiap 7-8 minit pada ayam untuk dapatkan warna yang berkilat dan keemasan. Kemudian bakar lagi. Ulang sekiranya mahu.

Ketiga :
Untuk salad kentang . Gaulkan semua bahan untuk salad.
Selepas ayam masak, hidangkan bersama salad kentang tadi.