Sambal Kacang Sotong : Resepi Dan Cara Memasak

Sambal Kacang Sotong : Resepi Dan Cara Memasak


Bahan :

½ cawan : Kacang tanah
2 keping : Sotong kembang (Dipotong kecil)
20 tangkai : Cili kering
10 biji : Bawang merah (Cili kering | Bawang merah | Bawang putih | Dikisar bersama)
3 ulas : Bawang putih
1 sudu makan : Asam jawa (Dibancuh dengan air)
½ cawan : Air
1 sudu makan : Gula
½ cawan : Minyak masak
Garam secukup rasa

Cara memasak :

Pertama :
Goreng kacang tanah tanpa minyak sehingga masak dan dikisar kasar.
Cuci sotong kembang dan tuskan.

Kedua :
Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan air asam jawa, gula, dan garam. Biar sehingga mendidih dan pekat.

Ketiga :
Masukkan kacang tanah yang sudah dikisar. Kacau rata dan biarkan sebentar.
Masukkan sotong dan kacau sehingga kuah agak pekat.
Sedia dihidangkan.