Ayam Paprik : Resepi Dan Cara Memasak

Ayam Paprik : Resepi Dan Cara Memasak

Bahan :

300 g : Isi ayam (Dipotong kecil)
1 biji : Bawang besar (Dipotong 6)
3 ulas : Bawang putih (Diketuk)
5 biji : Cili api (Diketuk)
1 batang : Serai (Diketuk)
½ batang : Lobak merah  (Dipotong kecil)
2 sudu makan : Kicap pekat
5 sudu makan : Sos tomato
5 sudu makan : Sos cili
½ cawan : Air
3 sudu makan : Sos tiram
1 biji : Capsicum hijau
100 g : Kubis bunga
5 helai : Daun limau purut
3 biji : Limau kasturi  (Juskan)
2 sudu makan : Minyak masak

Cara memasak :

Pertama :
Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bahan yang diketuk sehingga wangi.
Masukkan isi ayam dan kacau rata.
Masukkan lobak merah, kicap pekat, sos tomato, sos cili, air, dan sos tiram. Biarkan mendidih.

Kedua:
Masukkan capsicum dan kubis bunga kemudian kacau rata.
Apabila mendidih, masukkan daun limau purut dan kacau.
Masukkan jus limau dan tutup api.

Ketiga :
Hidangkan bersama nasi putih, mi, ataupun bihun yang sudah dicelur.