Bahan 1 :
300 gram : Daging (steak)
2 biji : Tomato (hiris kasar)
1 biji : Limau nipis (Jus)
3 sudu makan : Sos cili Thai
1 pokok : Daun ketumbar (cincang)
½ sudu teh : Lada hitam
1 sudu makan : Minyak bijan
Su'un (Secukupnya dan direndam sehingga lembut)
Garam secukup rasa
Bahan 2 : (hiris halus semua bahan 2)
¼ biji : Kubis manis
2 batang : Serai
4 helai : Daun limau purut
3 biji : Bawang merah
3 biji : Cili api merah
Cara memasak :
Pertama :
Daging dihiris nipis dan kecil.
Lumurkan daging dengan sedikit garam, lada hitam dan minyak bijan.
Kedua :
Panaskan kuali non-stick.
Masak daging anggaran 7-8 minit sambil sentiasa terbalikkan supaya kedua-dua belah daging masak.
Ketiga :
Celurkan su'un dengan air panas dan tuskan.
Masukkan daging, suun, tomato dan bahan B ke dalam mangkuk besar.
Gaul rata jus limau nipis, sos cili thai, daun ketumbar dan garam.
Tuang ke dalam mangkuk daging tadi dan gaul perlahan-lahan.
Siap