Donat Gebu : Resepi Dan Cara Memasak

Donat Gebu : Resepi Dan Cara Memasak


Bahan 1 :

Tepung high protein : 400 gram
Tepung gandum : 100 gram 
Yis : 10 gram 
Gula (boleh dikurangkan) : 70 gram 
Garam : 7 gram 
Kuning telur (optional) : 2 biji 
Tepung susu : 2 sudu besar 
Cream super : 5 gram improver/10gm 
Serbuk penaik (optional) : 3 gram 
Mentega/shortening : 50 gram 

Bahan 2 :

250 ml air masukkan sikit-sikit

Cara Memasak :

Pertama :
Campur semua bahan 1, gaulkan sebati, masukkan air sedikit demi sedikit, uli sebati.
Masukkan cream super pada akhir sekali jika anda menggunakan cream super.
Jadi, doh yang dihasilkan tidak terlalu lembik.

Kedua :
Uli doh sehingga licin dan elastik.
Keluarkan doh dan timbang 40gm, bentukkan dan lubangkan.
Perap sampai naik elok bergantung kepada cuaca.
Sekiranya cuaca panas, setengah jam dah boleh goreng.

Ketiga : 
Panaskan minyak pada api sederhana.
Selepas itu anda boleh mula menggoreng dan salut donat dengan gula kastor, snow powder atau gula perang.
Anda juga boleh mencelup donat anda dengan coklat, krim strawberry atau mengikut citarasa pilihan anda sendiri.