Kerabu Mangga : Resepi Dan Cara Memasak

Kerabu Mangga : Resepi Dan Cara Memasak

Bahan :

2 biji : Mangga muda
1 cawan : Ikan bilis
1 batang : Timun
1 batang : Lobak merah
3 batang : Serai  (Cincang Halus)
2 biji : bawang besar  (Dicincang)
3 biji : Cili merah
2 biji : Cili hijau
3 sudu makan : Perahan limau kasturi
1 sudu teh : Gula
2 cawan : Minyak masak
Garam secukup rasa

Cara memasak :

Pertama :
Panaskan minyak masak di dalam kuali dan gorengkan ikan bilis sehingga garing.
Angkat dan tuskan.

Kedua :
Kupas kulit mangga dan sagat kasar.
Buangkan biji tengah timun dan sagat kasar juga.

Ketiga :
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar.
Taburkan ikan bilis goreng semasa menghidang.