Bahan :
1 kilogram : Gandum
1 kilogram : Santan
1 kilogram : Gula
1 kilogram : Pati Daun Pandan
9 biji : Telur
5 gram : Bijan
Cara Memasak :
Pertama :
Pukul telur bersama gula sehingga agak kembang dengan menggunakan mixer
Masukkan gandum sedikit demi sedikit
Masukkan santan dan air daun pandan
Kedua :
Setelah semua bahan telah sebati, tapis adunan agar tiada gandum yang berketul
Goreng bijan sehingga kekuningan
Sebelum memasukkan adunan ke dalam acuan, pastikan acuan dipanaskan terlebih dahulu kedalam oven bersama minyak.
Ketiga :
Masukkan adunan ke dalam acuan kuih bakar yang telah dipanaskan
Bakar adunan selama 45 minit dengan suhu 180 darjah
Hidangkan.