Nasi Tomato : Resepi Dan Cara Memasak

Nasi Tomato : Resepi Dan Cara Memasak


Bahan 1 :

2 cawan : Beras basmati
2 biji : Tomato (potong dadu)
2 cawan : Air
1/2 cawan : Susu
3 sudu besar : Sos tomato
1 helai : Daun pandan
Garam

Bahan 2 :

2 sudu : Mentega / Minyak sapi
2 cm : Kulit kayu manis
1 kuntum : Bunga lawang
1 biji : Buah pelaga
2 ulas : Bawang putih (dihiris)
1/4 : Bawang besar dihiris
Bawang goreng

Cara Memasak:

Pertama :
Cuci beras.
Rendam selama 5-10 minit.
Tuskan.

Kedua :
Panaskan mentega/minyak sapi.
Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau.
Masukkan beras.
Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam.

Ketiga :
Masakkan nasi seperti biasa di cooker ataupun dapur gas.
Apabila nasi telah masak.
Hidangkan bersama bawang goreng.