Pulut Mangga Ala Thai : Resepi Dan Cara Memasak

Pulut Mangga Ala Thai : Resepi Dan Cara Memasak


Bahan :

1 Cawan : Beras Pulut (direndam 3-4 jam dan tuskan)
1 Cawan : Santan Cair
Garam (bancuh sedikit bersama garam)
2 Biji : Mangga (dihiris)
1 Bawan : Santan Pekat
1 Sudu Makan : Tepung Jagung
3 Sudu Makan : Gula Pasir

Cara Memasak :

Pertama :
Masukkan beras pulut ke dalam periuk kukusan dan kukuskan sehingga naik wap.
Masukkan pulut ke dalam mangkuk tahan panas dan tuangkan santan cair yang dibancuh garam.
Gaulkan sebati.

Kedua :
Masukkan semula pulut ke dalam periuk kukusan dan kukus sekali lagi sehingga naik wap.
Masukkan santan pekat, tepung jagung, gula pasir, dan garam ke dalam periuk dan masakkan sehingga naik wap sambil kacau sehingga pekat.

Ketiga :
Sendukkan pulut yang sudah masak di atas pinggan dan bentukkan bulat.
Hidangkan bersama kuah santan dan mangga yang dihiriskan.