Bahan Dan Cara Memasak Sambal Tempoyak :
Bahan :
4 biji : Cili merah (dihiris)
8 biji : Cili padi (dihiris)
4 sudu : Besar tempoyak
Cara Memasak :
Tumbuk cili merah dan cili padi sehingga lumat.
Masukkan tempoyak dan gaul.
Hidang.
Bahan Dan Cara Memasak Sambal Gesek :
Bahan :
3 sudu : Besar ikan bilis
2 biji : Cili merah
10 biji : Cili padi
1 biji : Bawang merah
2 ulas : Bawang putih
1 inci : Belacan
1 biji : Limau
½ sudu teh : Garam
½ sudu teh : Gula
Cara Memasak :
Tumbuk kasar ikan bilis, cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih, dan belacan.
Goreng sehingga garing.
Masukkan garam dan gula, perahkan jus limau, dan gaul.
Hidangkan.
Bahan Dan Cara Memasak Air Asam :
Bahan :
½ cawan : Air asam jawa
½ inci : Belacan bakar
5 biji : Cili padi (dihiris)
½ biji : Bawang besar (dipotong)
¼ biji :Tomato (dipotong dadu)
1 biji : Cili merah (dihiris)
½ sudu teh : Garam
½ sudu teh : Gula
1 biji : Limau
Cara Memasak :
Masukkan cili padi, cili merah, bawang besar dan tomato, dan gaul.
Masukkan garam dan gula, perahkan jus limau, dan gaul.
Hidangkan