Bahan 1 : Kulit Samosa
Kulit popia
Minyak
Bahan 2 : Inti
1 cawan : Daging kisar
500 gram : Ubi kentang (potong dadu)
1 labu : Bawang besar (potong dadu)
2 ulas : Bawang putih (cincang)
1 sudu besar : Kari
Garam
Gula
1 tangkai : Daun kari (optional)
Minyak (Untuk menumis)
Cara Memasak :
Pertama :
Panaskan minyak dan tumis bawang dan daun kari sehingga wangi.
Masukkan rempah kari biar sehingga garing.
Masukkan daging.
Kacau sehingga daging tak berketul.
Kedua :
Kemudian masukkan kentang, garam, gula dan sedikit air
Masak sehingga kering dan kentang empuk.
Padamkan api.
Ketiga :
Rebus kentang dahulu sekiranya mahu empuk. 2/3 masak.
Ambik kulit popia.
Potong 3. ( 1 keping kulit popia akan jadi 3 keping)
Ambil satu keping kecil kulit popia.
Masukkan inti.
Lipat-lipatkan biar jadi bentuk segitiga.
Pada hujungnya boleh lekatkan dengan air atau telur putih.
Buat sampai habis
Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana panas