Sayur Lemak Keledek Daun Kayu : Resepi Dan Cara Memasak

Sayur Lemak Keledek Daun Kayu : Resepi Dan Cara Memasak


Bahan :

2 biji : Ubi keledek oren (Dipotong kecil)
2 ekor : Ikan kembung
5 tangkai : Kangkung
3 tangkai : Pucuk ubi
10 tangkai : Pucuk paku merah
10 tangkai : Daun pucuk manis
5 tangkai : Daun kaduk
5 tangkai : Daun kesum
3 ulas : Bawang merah (Dihiris)
1 sudu teh : Serbuk kunyit
1 cawan : Air
2 cawan : Santan pekat
2 biji : Cili merah (Dihiris)
Garam secukup rasa

Cara memasak :

Pertama :
Bersihkan ikan kembung dan sapukan garam.
Bakar sehingga masak.
Ambil isi ikan kembung dan ketepikan.

Kedua :
Potong kecil kangkung, pucuk ubi, pucuk paku merah, daun pucuk manis, daun kaduk, dan daun kesum diambil daunnya sahaja.
Basuhkan dan tus sehingga kering.

Ketiga :
Masukkan ubi keledek, isi ikan kembung, bawang merah, serbuk kunyit, air, dan garam ke dalam periuk dan masakkan sehingga ubi keledek empuk.
Masukkan semua sayur, cili merah, dan santan pekat.
Kacau sehingga mendidih. Kacau kuah sentiasa supaya tidak pecah minyak.
Sedia dihidangkan