Bahan :
300 gram : Sotong
1 cawan : Tepung gandum
1 sk : Baking powder
1 biji : Telur
Garam (secukup rasa)
Lada sulah (secukup rasa)
Cara memasak :
Pertama :
Potongkan sotong mengikut bahagian kecil
Bersihkan dan tuskan airnya sehingga kering.
Gaul sotong dengan sedikit garam dan lada sulah.
Kedua :
Pukul telur.
Masukkan sotong ke dalam telur dan ketepikan.
Ketiga :
Gaulkan tepung dengan baking powder.
Masukkan sotong yang telah digaul dgn telur ke dalam tepung.
Salutkan sotong dengan tepung. Tambahan kari untuk memberi rasa pedas.
Gorengkan secara "deep fry" sehinggan berwarna coklat keemasan.
Goreng sotong 4-5 min untuk mengelakkan sotong keras dan liat.