Bahan :
1 ekor : Sotong saiz besar
1/3 batang : Lobak merah (diparut)
1/2 cawan : Tepung
1/2 sudu kecil : Baking powder
Garam
Minyak
Air
Cara memasak :
Pertama :
Bersih sotong.
Potong kecil-kecil.
Saiz potongan mengikut citarasa.
Kedua :
Keringkan sotong untuk mengelakkan letupan air semasa menggoreng.
Bancuh adunan dengan bahan-bahan lain.
Bancuhan seperti bancuhan tepung pisang goreng.
Ketiga :
Goreng dalam minyak penuh sehingga keperangan.
Tus minyak dan hidangkan.