Tom Yam Ayam Santan : Resipi Dan Cara Memasak

Tom Yam Ayam Santan : Resipi Dan Cara Memasak

Bahan :

4 Cawan : Air
2 Batang : Serai (Dihiris halus)
4-5 Hiris : Lengkuas
4 Sudu : Minyak Cili/Pes Tom Yam
5 Biji : Cili Padi
1/2 Cawan : Santan
6 Sudu : Sos Ikan
2-3 Helai : Daun Limau Purut (dikoyak)
1/2 Biji : Lemon
1 Biji : Limau Nipis
1 Ketul : Tauhu (potong kiub)
Dada ayam (dipotong)
Sayur
Daun ketumbar

Cara memasak :

Pertama :
Isi air biasa kedalam periuk.
Masukkan sekali daun ketumbar.
Biarkan air mendidih.
Bila air dah mendidih dan bau ketumbar mula naik.
Masukkan daun limau purut, serai dan lengkuas.
Biarkan seketika selama 1 minit.

Kedua :
Masukkan daun ketumbar yang dihiris serta minyak cili/pes Tom Yam dalam sudu dan sos ikan.
Biarkan mendidih.
Kemudian masukkan ayam.
Masukkan santan.
Biarkan mendidih.

Ketiga :
Setelah seminit.
Masukkan sayur dan tauhu.
Biarkan dalam 1-2 minit dan kacau seketika untuk mengelakkan hangit.
Masukkan ke dalam bekas hidangan 1/2 sudu kecil pes Tom Yam/minyak cili dan masukkan daun ketumbar, cili padi, air jus lemon dan limau.
Tutupkan api setelah Tom Yam sudah mengelegak.
Masukkan ke dalam bekas hidangan dan siap.