Tom Yam Putih : Resepi Dan Cara Memasak

Tom Yam Putih : Resepi Dan Cara Memasak


Bahan :

1 tangkai : Daun limau purut
2 potong : Lengkuas
3-4sudu/3-4 kiub : Stok atau kiub ayam
1-2 batang : Serai
6-8biji : Limau Nipis (perah)
10biji : Cili Padi (tumbuk lumat)
2/3 mangkuk : Air
1 sudu : Santan/Susu segar
Secukup rasa : Garam
Daun Sup
Ikut hidangan masakan : Ayam
Ikut citarasa : Sayuran (cendawan, lobak, tomato etc)

Cara Memasak :

Pertama :
Rebus air bersama lengkuas yang telah diketuk/ditumbuk.
Masukkan ayam.
Rebus hingga mendidih. Masukkan garam.

Kedua :
Masukkan kiub ayam ke dalam periuk.
Masukkan serai yang telah diketuk ke dalam periuk.
Tunggu air merebus.
Tumbuk cili padi dan siapkan perahan air limau nipis.
Potong daun sup (potong kecil).

Ketiga :
Masukkan air perahan limau nipis, cili padi dan tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan susu segar atau santan.
Setelah siap, hidang tom yam anda bersama daun sup.