Sardin Masak Lemak : Resepi Dan Cara memasak

Bahan 1 (kisar) : 
6 ulas : Bawang merah
2 biji : Cili merah
6 biji : Cili padi

Bahan 2 :
1 cawan : Santan
1 sudu kecil : Serbuk kunyit
1 sudu besar : Daun kunyit (dihiris)
1 keping : Asam keping
1 batang : Serai
1 tin : Ikan sardin
1 biji : Cili merah (dihiris)
1 biji : Bawang besar (dihiris)
1 sudu kecil : Garam

Cara Memasak :

Pertama :
Kisar bawang merah, cili padi dan cili merah.
Tumis hingga garing.

Kedua :
Masukkan santan, serbuk kunyit, daun kunyit, asam keping dan serai. Gaul.
Masukkan ikan sardin bersama dengan kuah tomatonya. Gaul.
Masukkan cili merah, bawang besar, dan garam. Gaul.
Hidang